Kepada Pelanggan Yang Dihormati,
Dengan segala hormatnya, kami dari Gerbang Malaya Sdn. Bhd. ingin menyampaikan penghargaan kami yang tidak terhingga atas sokongan anda selama ini. Kami amat menghargai kepercayaan yang anda berikan kepada produk-produk kami.
Sehubungan dengan itu, kami ingin memaklumkan bahawa bermula 1 Julai 2024, kami terpaksa membuat semakan semula dan menaikkan harga beberapa produk kami. Kenaikan harga ini adalah disebabkan oleh peningkatan kos bahan mentah, terutamanya tepung dan serbuk koko.
Berikut adalah senarai produk yang terlibat dengan harga baharu:
Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang mungkin timbul akibat kenaikan harga ini. Kami berharap anda dapat memahami situasi ini dan terus menyokong kami dalam misi kami untuk menyampaikan kegembiraan kepada semua orang. Kami percaya semua orang layak untuk GEMBIRA!
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi cawangan kami yang terdekat.
Terima kasih atas pemahaman dan sokongan berterusan anda.
Yang benar,
Mior Ashraf Bin Norul Bashah Pengarah Urusan Gerbang Malaya Sdn. Bhd.
“Kualiti Premium, Puas Hati, Lebih Berbaloi!”